Thursday 24 December 2009

AMANAH YANG DILAKSANAKAN...


Membangunkan sebuah pusat mendidik insan kecil yang lahirnya fitrah, bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangkakan oleh ramai.

Kalau bukan kerana amanah Allah , sudah pasti perjuangan ini luput dari medannya. Tentu juga telah lama kulepaskan dari genggamanku tatkala jerih perik menongkak mehnah demi mehnah semenjak benih perjuangan disemai.



Pesanan rasulullah yang sering bermain dibenakku..


" Setiap anak yang baru dilahirkan itu, lahir dengan membawa fitrah . Orangtuanyalah yang menjadikannya Yahudi , Majusi atau Nasrani. Sebagaimana seekor binatang ternak yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna ( Tanpa Cacat ) , apakah lantas kamu lihat cacat pada telinganya?"
Direkodkan oleh Abu Hurairah.

Pesanan ini cukup untuk menggetarkan jiwaku agar anak-anak yang bersih ini kupertahankan kefitrahannya. Jiwa insan kecil ini sememangnya mengEsakan Allah. Lahirnya telahpun memiliki aqidah tauhid tetapi lantas kecuaian ibubapalah yang menukarkan segala fitrah itu.

Aku akan tetap didaerah ini , menyirami benih-benih ini agar ianya berkembang subur dan mengharumi dunia dan akhiratnya manis di syurga.

Ibnu Qayyum rahimahullah berkata :

Barang siapa yang mengabaikan pendidikan anaknya dan membiarkannya begitu saja, bererti dia telah melakukan keburukan yang teramat keji. Timbulnya kerosakan dalam jiwa anak sering diakibatkan oleh orangtua mereka sendiri.

Pengajaran kepada mereka tentang kewajiban dan sunah-sunah agama ditinggalkan. Sewaktu kecil mereka telah disia-siakan, wajar ketika dewasa mereka menjadi orang yang tidak berguna baik untuk dirinya ataupun untuk orangtua mereka.


Akhirnya ada sebahagian anak yang mencaci orangtuanya sendiri,

" Wahai ayah, sewaktu masih kecil engkau telah mendurhakaiku maka kini aku pun mendurhakaimu. Sejak dilahirkan aku telah engkau sia-siakan , kini aku pun menyia-nyiamu di usia tuamu. "

Na'uzubillah ini terjadi pada kita. Mendidik anak perlu pada ilmu yang sahih. Perlu mencari dan membuat persiapan. Perlu pada perancangan . Mendidik bukan secara kebetulan.

Bentuk kedurhakaan orangtua terhadap anaknya, menurut Khalifah Umar bin Al Khattab r.a adalah apabila orangtuanya tidak menunaikan hak-hak anaknya.

Sesuai pendapat Umar bin Al Khattab dengan kata-kata Rasullullah saw , " Ada tiga hak anak yang harus ditunaikan oleh orangtuanya 1. Dipilihkan ibu yang salihah 2. Diberi nama yang baik 3. Diajarkan kepadanya Al Quran. "

Sunday 13 December 2009

LITTLE CREATIVE GROUP

Little Creative

Adalah Pakej yang disusun untuk anak-anak yang berumur 2 - 3 tahun.

Tema : Buah-buahan

nyum..nyum mmmm.....sedap dik? Adik belajar buat sate buah yek.

Perkembangan bahasa
Adik belajar - buah betik dan buah jambu batu.

Perkembangan Fizikal - Adik berlatih untuk mendapatkan kemahiran psikomotor halus. Lepas ni pandailah adik menggunakan jari jemari ciptaan Allah. Boleh pegang pinggan , pegang pensil. Ya..nak menulis nanti. Inilah pra tulisan.

Perkembangan kognitif - mula-mula cucukkan betik , lepas tu...jambu batu , lagi? Betik pula.
Lagi dik? jambu pulak...ha..nilah asas matematik dik. Konsep urutan. belajar konsep urutan dulu sebelum menghitung satu , dua , tiga.....

Perkembangan sosio emosi - wah! adik terhibur dengan usaha membuat sate buah yek? Bersabar lagi nak cucuk buah-buah jadi sate. Bila dah 'menjadi'...yeee...alhamdulillah. Adik dah pandai!!!!.. Adik juga belajar bersabar tunggu giliran dilayan dan dibimbing secara individu.

Tema : Pakaian

Perkembangan Fizikal
Cepatlah cikgu! Adik nak pakai kasut tu!
Laa...sabarlah dik...mari kita jahit kasut ni dulu....
Ikut cikgu ....masuk benang , keluar benang...lagi, lagi...masuk benang , keluar benang.
Haa...adik cuba pula.....
Adik belajar mengkoordinasikan mata dan tangan.

Perkembangan Bahasa
Sekarang kita sedang jahit kasut. Eh! Eh! macam kasut askar je? Ha..ah , ini kasut askar!
Kalau musim banjir pun , orang pakai kasut macam ni juga dik atau penjual ikan di pasar pun pakai kasut macam ini tapi diperbuat dari getah.
Cikgu berbual dengan anak-anak tentang jenis-jenis kasut , penggunaannya.
Terisilah minda anak-anak dengan pengetahuan.



Sesi bercerita


Aktiviti bercerita adalah antara cara meransang perkembangan bahasa anak-anak. Ini adalah kaedah bercerita menggunakan buku. Haa....besar buku cikgu! Bercerita dengan anak-anak memerlukan bahasa yang sesuai dengan tahap perkembangan bahasa mereka. Ringkas , berulang dan disulami dengan lagu-lagu.




Sekian dulu...

Saturday 12 December 2009

PENDAFTARAN 2010

Masa beroperasi : 7.00 pg - 5.30 ptg
Dengan staf yang berpengalaman dan dilatih Elitsuria menawarkan...

Perkhidmatan yang disediakan :

Pakej

1. Baby Genius : Umur 2 bln - 1 1/2 tahun

Program ransangan perkembangan menyeluruh dan catatan perkembangan kanak-kanak.

2. Little Creative : Umur 2tahun - 3 tahun
Pembelajaran bertema & ransangan perkembangan psikomotor kasar dan halus. Aktiviti indoor & outdoor. Rutin Harian doa-doa .

3. Tadika : Umur 4 - 6 tahun
Subjek teras : Kemahiran membaca
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Al Quran
Jawi

Subjek tema :
Matematik
Dunia Kita
Group time
Arts & Crafts

Subjek Fardhu 'Ain :
Solat
Sirah
Akhlak

Bilangan anak-anak adalah terhad kepada 15 orang / kelas

Antara aktiviti pembelajaran :











TERKINI
4. Pakej Khas :
ElitDaycare
Masa : 1 - 5. 30 ptg
Umur : 7 tahun
Bilangan Anak Terhad 10 -12 orang

Rutin
Solat Zohor
Al Quran
Bimbingan kerja rumah

Untuk lebih mengenali Tadika Elitsuria.....
Ikutilah Entri seterusnya : Adik belajar apa hari ini ?

Wednesday 19 August 2009

ADIK ,....BELAJAR APA HARI INI

Pembelajaran bertema adalah antara pakej pendidikan yang dilaksanakan di Tadika Elitsuria.
Di sinilah ' Ria dan Kreatif ' dalam pembelajaran direalisasikan. Anak-anak dapat menyatukan pengetahuan dan pengalaman dengan benda-benda maujud.

' Adik... belajar apa hari ini?'...

Subjek : Dunia Kita ( Our World )

Hari ini adik-adik belajar tentang hidupan laut. Ikan adalah hidupan yang Allah hidupkan dalam laut. Ikan tak lemas walaupun dalam air yang banyak. Alah sediakan sistem pernafasan yang canggih untuk ikan hidup dalam air. Ikan ada insang. Allah.., Al Kholiq , adik-adik. Ya...Allah Maha Mencipta. Tiada siapa yang boleh mencipta seperti Allah mencipta.

Subjek : Group Time

Wow ! Adik pancing ikan ! Pancing dan sebut nama ikan. Cuba pancing lagi. Siapa dapat pancing ikan paling banyak? Ha...adik-adik dah pun tahu nama-nama ikan. Allah jadikan pelbagai jenis ikan. Adik suka makan ikan apa? Ikan kembung , ikan tongkol .......Apa nama ikan yang telan Nabi Allah Yunus ? Ya...Ikan Nun...


Subjek : Arts & Crafts

Eh ! Eh ! Adik buat apa Tu? Ooo....adik buat model sotong ye? Sotong korita ! He he....sotong korita pun hidupan laut juga tapi sotong korita adik-adik tak macam sotong korita ciptaan Allah kan....Sotong korita adik-adik tak boleh bernafas. Nanti balik rumah boleh ajar kakak , abang buat sotong korita. Mama dan baba pun boleh buat sama.

Sekian dulu cerita hidupan laut. Jumpa lagi......

Thursday 16 July 2009

Tadika Elitsuria






Pn. Misra adalah Pengasa Tadika Elitsuria.
Telah berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih 20 tahun.
Bekas guru dan merupakan penulis bersama Buku Suriaku Mahir Membaca.


Elitsuria ditubuhkan pada tahun 1990 di no. 3 Taman Sri Bunut , Kubang Kerian dengan seramai sepuluh orang perintis terawal. Kemudian berpindah ke Taman Kenali pada 1994 dan kini beroperasi di PT 722 , kk 3/3 Bandar Baru Kubang kerian , Kelantan,

09 - 765 2213. Tadika Elitsuria sebelum ini dikenali sebagai Child Excel , Kids Excel , Elit Sinarjaya.

elitsuria ditubuh bertitik-tolakkan mas'uliah dan kesedaran pendidikan , salah satu urgensi ummah yang mana merupakan batu-bata pada pembangunan dan pembentukan insan seterusnya tanah air.

Konsep elitsuria : " FUN n Creative Learning " merupakan semaian dan ransangan kepada dunia penerokaan kanak-kanak supaya dapat menimbun pengalaman dengan ilmu yang sahih.

elitsuria meraikan secara menyeluruh perkembangan dan pembangunan kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berorentasikan kanak-kanak ,'hands On ' dan berteraskan ikatan dengan Allah.


Kemahiran asas membaca menggunakan pendekatan 'bunyi ':

Suriaku ( bahasa melayu ) susunan Pn. Misra dan Mahsuri
phonic ( bahasa inggeris )
Al Quran
Jawi


Subjek Tema:
Menyatukan ilmu dengan pengalaman

Our World
Group time
Art & craft
Mathematics

Subjek Fardhu 'Ain
Sirah
Akhlak
Solat